SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR ("RMMJ") RM150,000.00
- Warganegara Malaysia, menetap selama 5 tahun di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas;
- Had maksimum pendapatan tidak lebih daripada RM8,000.00;
- Berkahwin atau bujang layak memohon;
- Hanya satu (1) permohonan untuk pasangan suami / isteri;
- Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon;
- Pemohon atau pasangan yang telah memiliki RKR / RKSR / PKJA / PKJB boleh memohon rumah kedua iaitu RMMJ;
- Tempoh sah pendaftaran RMMJ adalah SETAHUN dari tarikh pendaftaran. Hanya maklumat tertentu sahaja boleh dikemaskini menggunakan akaun pemohon; dan
- Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana atau rumah mewah TIDAK LAYAK untuk memohon.